Payment for MyIbadahkorban (Kemboja)
AKAD PERSETUJUAN BAGI IBADAH KORBAN
Sila semak maklumat AKAD di bawah. Klik butang "Proses" untuk memproses pembayaran & tanda persetujuaan untuk melaksanakan korban di Kemboja.
1. Pihak kami sebagai wakil akan memilih mana-mana kawasan yang sesuai bagi menyempurnakan Qurban tuan/puan
2. Pihak Tuan/Puan bersetuju untuk akan mewakilkan kepada myibadahkorban.my dan wakilnya untuk pelaksanaan sembelihan Qurban dan prosesnya.
3. Kambing yang dipilih adalah berat di sekitar 30 – 50kg (Mengikut Gred Kambing), manakala Lembu adalah berat 200 -550kg (Mengikut Gred Lembu) dan dipastikan mencukupi syarat haiwan korban.
4. Justeru, dengan pembayaran tuan/puan beerti persetujuan umum TELAH diberikan kepada kami sama ada untuk menguruskan sendiri Qurban atau memilih wakil layak untuk menyempurnakan (konsep Tawkil Al-Wakil Ghairahu dengan izin pewakil asal)
5. Pemakluman sembelihan telah dilaksanakan akan dimaklumkan melalui SMS, manakalah bukti video dan sijil akan diberikan kemudian.
6. Jika bahagian Qurban tidak mencukupi ( seperti lembu 7 bahagian akan tetapi hanya 3 bahagian sahaja dipenuhi), pihak wakil akan menggenapkan bersama bahagian korban di tempat atau negara lain yang diwakilkan, jika tidak ada maka akan ditukar kepada kambing yang mana kos lebihan terpulang kepada peserta samaada sukarela menambah lebihan kos atau ditanggung oleh wakil seluruhnya.
Lafaz Niat & Akad Qurban"Saya/Kami dengan ini mewakilkan kepada pihak MyIbadahkorban.com untuk mengendalikan sendiri Qurban atau melantik wakilnya secara mutlaq (melakukan tempahan haiwan, sembelihan dan agihan) untuk menyempurnakan ibadah Qurban di Kemboja bagi penama seperti yang diberikan pada tahun 1445 Hijrah/2024 Masehi kerana ALLAH TAALA, lebihan selepas kos pengendalian Qurban adalah upah wakalah(pewakilan) bagi pihak wakil." |
Sila buat bayaran tempahan ke akaun bank untuk pengesahan tempahan. Maklumat akaun bank kami adalah seperti berikut:
MAYBANK | OLIVE FARM RESOURCES | 5629 9103 0176 |